Saturday, December 25, 2010

TAHAP KEWANGAN PERLU TAHU. DIMANAKAH TAHAP ANDA?

Terdapat 4 tahap kewangan bagi sesiapa sahaja. Untuk mencapai kejayaan dari segi kewangan, kita perlu ketahui dimanakah keadaan kewangan kita kini. Sama seperti dalam mencapai apa sahaja matlamat, kita perlu ketahui dimanakah kedudukan kita kini untuk mencapai matlamat tersebut. Dalam kata lain, untuk sampai ke poin B, kita perlu ketahui poin A.


Berikut adalah 4 tahap kewangan tersebut. Dimanakah tahap kewangan anda?


1 KEWANGAN TIDAK SELAMAT
Keadaan ini adalah apabila anda tidak mempunyai simpanan pun. Dalam erti kata lain, sekiranya ada pun simpanan, anda hanya mampu menyara hidup anda dan keluarga anda selama sebulan sahaja. Sekiranya anda hilang kerja esok, sebulan sahaja anda dapat hidup tanpa mengubah gaya hidup dengan wang simpanan yang ada.


Masalahnya sekarang, ramai diantara kita yang berada dalam keadaan tidak selamat ini. Bayangkan sekiranya tempat anda kerja terpaksa MELEPASKAN anda esok. Cukupkah simpanan yang anda ada untuk menyara hidup anda dan keluarga anda selama satu bulan? Sekiranya tidak, maka perlu buat PERUBAHAN KETIKA TIDAK PERLU.


2 KEWANGAN SELAMAT
Ini adalah pilihan yang lebih baik. Bermaksud, umpama sekiranya anda berhenti kerja "atau diberhentikan", anda mempunya simpanan untuk menyara hidup anda dan keluarga anda selama 6 bulan.


3 BEBAS KEWANGAN
Ini adalah matlamat bagi ramai antara kita. Tetapi yang mencapainya adalah amat sedikit. Ertinya sekiranya anda berada di tahap ini -  anda bebas membuat pilihan untuk bekerja ataupun tidak. Anda mempunyai simpanan atau pun aliran pendapatan secara automatik yang cukup untuk menyara hidup anda sekeluarga sampai bila-bila! Tetapi anda masih belum berada dalam keadaan selesa. Jangan mudah letakkan diri dalam keadaan selesa.


4 TAHAP TERSANGAT KAYA
Tahap ini lagi lah sedikit yang capai...teramat sedikit. Mereka ini jenis yang mempunyai wang yang banyak sehingga tak terpakai wang yang dimiliki. Mereka boleh derma beratus ribu ringgit atau berjuta kepada badan-badan kebajikan yang dipilih


Dimanakah tahap kewangan anda dan kemanakah hala tuju matlamat kewangan anda? Tepuk dada, tanya selera...